Home »
UMNO Penang
» PAS disisihkan , Umno minta kaji semula hubungan dengan PR P.Pinang
GEORGETOWN - Umno Pulau Pinang mencadangkan Pas mengkaji semula hubungannya dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang kerana penyertaan Pas dilihat seperti 'melukut di tepi gantang'.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pergolakan yang berlaku dalam pakatan pembangkang itu kini diibaratkan meniti detik-detik 'retak menanti belah'.
"Kenyataan yang dibuat oleh Pas semalam ibarat lava gunung berapi, ia sudah lama bergelodak dan baru semalam mengeluarkan lavanya.
"Kenyataan Pas itu juga mengesahkan bahawa parti itu adalah rakan kongsi kelas ketiga dalam pakatan pembangkang," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff bahawa kerajaan negeri meminggirkan Pas, selain tidak menghargai usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan pakatan pembangkang kekal relevan di kalangan rakyat terutamanya masyarakat Melayu.
Kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP juga dikatakan gagal mengamalkan slogan kecekapan, akauntabiliti, ketelusan (CAT) dalam pakatan pembangkang.
Zainal Abidin berkata, lebih elok sekiranya Pas tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan pakatan pembangkang kerana ia tidak menguntungkan parti itu dan orang Melayu.
"Kita tidak akan ganggu urusan dalaman parti Pas, cuma nak mereka kaji semula hubungan itu, kita kesian tengok Pas disisihkan, ke sana tak ke sini pun tidak," katanya.
Beliau mendakwa selama ini Pas hanya diperalat dan dipergunakan untuk kemenangan DAP di seluruh negara.
Post a Comment