Headlines News :
Home » » MAHKAMAH BUAT KEPUTUSAN PENEBAT KILAU MENARA UMNO RUNTUH BUKAN KECUAIAN

MAHKAMAH BUAT KEPUTUSAN PENEBAT KILAU MENARA UMNO RUNTUH BUKAN KECUAIAN




Mahkamah koroner hari ini memutuskan bahawa peniaga kecil Lim Chik Aik yang dipercayai menemui ajal selepas keretanya dihempap penebat kilat Menara Umno di Jalan Macalister, mati 
semata-mata nahas bukan kecuaian (misadventure).

Lim, 44, meninggal dunia selepas struktur konkrit itu terjatuh ke atas jalan berkenaan sewaktu ribut petir pada 13 Jun lalu, yang juga mengorbankan dua lagi.

Usaha kerajaan negeri dan operasi menyelamat gagal menemui mayat Lim yang dipercayai tenggelam ke dasar runtuhan tersebut dan usaha menjejakinya ditamatkan empat hari kemudian.

Ketika menyampaikan keputusannya, Koroner Khairul Anuar Abdul Halim berkata mangsa yang dikenali Chin Aik, meninggal dunia antara 6.45 dan 6.50 petang pada 13 Jun akibat nahas bukan kecuaian sebagai keputusan ekoran runtuhan struktur itu.

Khairul Anwar berkata sijil kematian Lim akan dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab kepada keluarga mangsa.- malaysiakini - 
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger