Headlines News :
Home » » GUAN ENG ENGGAN ULAS PERLETAKAN JAWATAN PENGERUSI DAP MELAKA

GUAN ENG ENGGAN ULAS PERLETAKAN JAWATAN PENGERUSI DAP MELAKA






GEORGE TOWN: Kepimpinan tertinggi DAP masih belum menerima surat peletakan jawatan daripada Pengerusi DAP Melaka dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri itu, kata Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng pada Rabu.
Goh Leong San, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong pada Selasa dilaporkan meletak jawatan kerana tidak sepakat dengan ahli pembangkang lain.
Timbalannya yang juga Adun Bachang, Lim Jak Wong turut dilaporkan mengikut jejak langkah Goh.
"Saya telah berhubung dengan Pengerusi DAP Karpal Singh dan beliau juga masih belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mereka.
"Saya akan mengulas mengenai peletakan jawatan itu selepas menerima surat mereka. Saya tidak mahu bergantung kepada laporan media berhubung perkara ini," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Universiti of Hull dan Kolej ALC di sini.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger