Headlines News :
Home » » Pakatan tiada visi dan keupayaan tadbir negara -Shahbudin

Pakatan tiada visi dan keupayaan tadbir negara -Shahbudin




Pakatan pembangkang disifatkan sebagai 'pakatan jahat' yang gagal mempunyai visi serta keupayaan mentadbir negara.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, selama lima tahun menerajui Pulau Pinang, pakatan pembangkang mencari kata sepakat dalam mentadbir negeri ini.

"Pakatan pembangkang sama sekali berbeza dengan BN kerana tiada visi yang jelas ketika mentadbir negeri ini, jadi bagaimana mereka nak tadbir negara.

"Malah kita tengok mereka juga tak ada satu lambang yang nak digunakan dalam perjuangan mereka selama ini," katanya ketika merasmikan Himpunan Semarak Gelombang Biru Wanita BN Parlimen Tasek Gelugor di Bagan Ajam di sini malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Wanita BN parlimen itu, Datuk Jahara Hamid dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Seramai 200 jentera wanita dari pelbagai parti komponen BN hadir pada majlis itu.
Tambah Shabudin, adalah menjadi harapan semua agar wanita menjadi penggerak serat jaminan agar BN terus menerajui negara seelpas pilihan raya umum akan datang.
Selain itu, beliau turut melahirkan keyakinan BN akan terus menyumbang satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri bagi merampas Pulau Pinang nanti.

Sementara itu, Nor Mohamed berkata, pastinya tiada pilihan lain kepada rakyat untuk dipilih selain BN kerana kejayaan yang ditunjukkan dalam mentadbir negara ini sejak merdeka.

"Kita juga akan pastikan kawasan ini terus maju selari dengan kejayaan negara pada tarikh keramat 2020 nanti," ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130401/po_01/Pakatan-pembangkang-pakatan-gagal---Shabudin-Yahaya#ixzz2PAksCvUh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger