Headlines News :
Home » » Gobala rayu PM pilihnya melawan N Surendran PKR di Padang Serai

Gobala rayu PM pilihnya melawan N Surendran PKR di Padang Serai





Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar memilihnya untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Gobalakrishnan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas) daerah Kulim berkata, ini kerana beliau yakin dapat memberi kemenangan kepada BN setelah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, sejak menjadi Ahli Parlimen Bebas tahun lalu, beliau bekerja sepenuh masa melakukan pelbagai program menyokong kepimpinan Najib termasuk program transformasi kerajaan di kawasan ini.

"Saya sendiri telah melakukan lebih 300 aktiviti kemasyarakatan di kawasan Padang Serai dengan penyertaan lebih 10,000 penduduk setakat ini," katanya pada program Kami Rakyat Padang Serai Menyokong N. Gobalakrishnan Bertanding Sebagai Calon Ahli Parlimen Di PRU-13 berlangsung di Sungai Seluang, Paya Besar di sini hari ini.

Gobalakrishnan berkata, bagaimanapun sebarang keputusan bergantung kepada Perdana Menteri kerana beliau boleh juga memilih rakan-rakannya dalam Perkemas sebagai calon di kawasan itu. - UTUSAN ONLINE


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger