Headlines News :
Home » » Teng Chang Yeow sahut cabaran berentap dengan Guan Eng

Teng Chang Yeow sahut cabaran berentap dengan Guan Eng





Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Teng Chang Yeow hari ini menyatakan kesediaan untuk menyahut cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk 'berentap' dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun tegas Chang Yeow, kesediaan itu hanya bermakna sekiranya Guan Eng sedia bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja serta membiarkan BN menentukan kerusi yang hendak direbut.
Sebelum ini, Guan Eng dalam satu sidang akhbar menyatakan beliau bersedia untuk meninggalkan DUN Air Putih yang dimenangi dalam pilihan raya umum lalu bagi menentang Chang Yeow di DUN Padang Kota.

Kerusi DUN Padang Kota sebelum ini pernah dimenangi oleh Chang Yeow selama tiga penggal sebelum ditewaskan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow pada pilihan raya umum lalu. - UTUSAN

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger