Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didakwa akan menyalahkan UMNO dan MIC atas masalah 'silap taip' ketika pengumuman mengenai kos pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan berkata, sekiranya benar dakwaan dan khabar angin tersebut, beliau secara peribadi menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengemukakan bukti.
Tegasnya, selain isu 'silap taip', Guan Eng juga difahamkan mahu menyalahkan UMNO dan MIC berhubung masalah 'silap kira' undi Vincent Wu dan Zairil Abdullah dalam proses pengiraan undi semasa pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu.
"Semua hendak salahkan UMNO dan MIC. Selepas ini jika dia (Guan Eng) silap pakai baju juga akan menyalahkan UMNO dan MIC.
Post a Comment