KUALA LUMPUR 24 Mac - Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu menjelaskan dakwaan projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion dilaksanakan tanpa tender terbuka.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, penjelasan itu perlu bagi menyangkal dakwaan projek tersebut dibuat bagi menyalurkan dana kepada DAP serta demi kepentingan ahli keluarga pemimpin parti berkenaan.
Menurutnya, penjelasan itu juga bertujuan menafikan wujudnya kegiatan rasuah, nepotisme dan kronisme dalam pemberian tender projek tersebut.
Tambah beliau, dakwaan itu timbul berikutan pelbagai pihak melihat projek tersebut tidak mendatangkan sebarang manfaat tambahan kepada penduduk Pulau Pinang kerana jambatan kedua di negeri berkenaan bakal dibina tidak lama lagi.
Post a Comment