Headlines News :
Home » » BN yakin mampu rampas semula Parlimen Balik Pulau

BN yakin mampu rampas semula Parlimen Balik Pulau




PULAU PINANG 20 Feb. - Barisan Nasional (BN) yakin mampu merampas semula kerusi Parlimen Balik Pulau di sini, menerusi kehendak rakyat melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata, keyakinan itu berdasarkan maklum balas daripada pengundi di kawasan berkenaan menerusi program anjuran BN dan UMNO yang diadakan secara berterusan sejak 2008.

"Sejak hari pertama hilang kerusi Parlimen Balik Pulau pada 2008, kita bermuhasabah diri dan mencari punca kepada penolakan rakyat ketika itu.

"Walau bagaimanapun, apa yang berlaku tidak menjadikan UMNO dan BN terus lemah, sebaliknya kita bangkit kembali dengan mengatur pelbagai program bagi mendekati rakyat dan menghulurkan bantuan kepada mereka," katanya.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger