Headlines News :
Home » » Beri duit BR1M boleh bangkrapkan negara tak masuk akal

Beri duit BR1M boleh bangkrapkan negara tak masuk akal



TASEK GELUGOR 23 Feb. - Tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang mempertikaikan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan membankrapkan negara adalah satu dakwaan yang tidak masuk akal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kerajaan memberikan BR1M kepada rakyat dengan perbelanjaan hanya RM3 bilion sedangkan hasil kutipan cukai pada tahun lalu negara pula adalah sebanyak RM128 bilion.

Katanya, strategi yang digunakan kerajaan BN dalam pemberian BR1M tersebut dianggap berjaya dan BN sememangnya mempunyai kelebihan dalam merangka strategi dan mengurus tadbir kewangan negara.

Menurut beliau, ini menunjukkan kerajaan BN mampu dan mempunyai niat yang ikhlas untuk membantu 40 peratus kumpulan yang kurang berkemampuan menikmati agihan ekonomi negara secara adil dan saksama.
"Apabila rakyat bagi mandat kepada kita untuk memerintah, maka mereka harap kerajaan bantu mereka untuk tingkatkan kualiti hidup dan pastikan keadilan sosial mereka sentiasa dibela.

"Kerajaan BN jenis yang tidak akan cepat puas hati walaupun telah berjaya bantu rakyat kerana kita akan tetap usaha cari strategi dan cara lain seperti pemberian BR1M kepada golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3000 sebulan," katanya dalam sidang akhbar pada Lawatan Kerja Program Rumah Hijau Tertutup di Ara Kuda, di sini hari ini.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger