Headlines News :
Home » » Pas tukar pendirian kalimah Allah sebab pilihanraya dah dekat

Pas tukar pendirian kalimah Allah sebab pilihanraya dah dekat



KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible versi bahasa Melayu adalah helah politik. Beliau berkata PAS sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan agama Islam sepatutnya lebih arif mengenai penggunaan kalimah Allah.

 "Saya ingat orang PAS tahu tentang perkara itu (penggunaan kalimah Allah) dan mereka menjadi kelam kabut kerana terpaksa menjaga parti-parti yang bersama dengan mereka, jadi terpaksa ikut (benarkan penggunaan kalimah Allah).

 "Tetapi bila mendapat tentangan daripada akar umbi, mereka (PAS) tukar pendirian. Ini semua politik PAS kerana pilihan raya sudah dekat, bimbang hilang sokongan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang kepada 600 pelajar di kawasan Parlimen Kepala Batas, di sini hari ini.

 Isu kalimah Allah dibangkitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah 'Allah' dalam Bible versi bahasa Melayu.

 Kenyataan Guan Eng itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong majlis pimpinan pakatan pembangkang. Bagaimanapun, PAS dan pemimpinnya termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudian menukar pendirian kepada tidak bersetuju, kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang Satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain, menurut Nik Aziz, adalah mengarut.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger