GEORGETOWN: Pertubuhan Persatuan Warisan Melayu Pulau Pinang (PEWARIS), kesal kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengambil inisiatif untuk menjaga serta membangunkan tapak warisan Melayu di negeri itu.
Pengerusinya, Mohamad Salleh Yahya berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng hanya memberi tumpuan terhadap projek mewah termasuk Taman Tema Escape di Teluk Bahang yang disifatkan sebagai tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Beliau berkata, projek yang bernilai RM500,000 itu dibangunkan di tengah-tengah kawasan kampung berkenaan.
"Di tengah-tengah kampung di Teluk Bahang itu dibangunkan projek mewah (bernilai) RM500 ribu ringgit. Jadi (ia) satu projek yang tiada kaitan langsung untuk rakyat ikut serta.
"Jadi kalau boleh pemimpin ini berjiwa besar, bukan untuk politik kepartian semata-mata tetapi politik yang melangkaui itu semua.
"Jika ini boleh dilaksanakan di Pulau Pinang terutamanya, yang saya tekankan, (iaitu) kita boleh menerima warisan kolonial sebagai warisan peradaban bangsa, kenapa kita tak boleh menerima kewujudan warisan Melayu?" katanya kepadaAntarapos.
Kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini memberitahu bahwa tender Projek Taman Tema Escape di Teluk Bahang telah dianugerahkan secara tender terbuka kepada syarikat Sim Leisure International di mana (Fasa 1A) taman tema itu dijangka siap hujung tahun lalu.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain turut pernah dipalitkan dengan dakwaan mempunyai kepentingan dalam projek tersebut.
Namun beliau menafikan dakwaan tersebut sambil menyifatkan ianya sebahagian daripada usaha untuk merosakkan reputasinya.
Post a Comment