oleh : Dr MIM
Politik di Pulau Pinang menjadi lebih panas dan unpredictable apabila kaum Cina negeri itu bangkit menunjukkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional.
Sebagai buktinya ialah kehadiran lebih kurang 5,000 orang di majlis makan malam yang dianjurkan oleh MCA Pulau Pinang semalam.
500 meja makan dipenuhi dengan penyokong-penyokong MCA, satu fenomena yang jarang berlaku sebelum ini.
Sumber yang MiM terima ialah mereka sudah tidak percaya lagi dengan kepimpinan DAP yang dilihat tidak mampu untuk mentadbir parti sendiri ekoran krisis 'silap undi' semasa pemilihan CEC DAP baru-baru ini.
Kebangkitan pemimpin-pemimpin bawahan DAP yang tidak puas hati dengan cara penyelesaian 'silap undi' itu juga menambah buruk imej DAP.
Malah, tindakan 'menyarankan agar kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa Melayu' juga dilihat sebagai satu tindakan yang tidak sensitif kepada perasaan umat Islam yang merupakan warga majoriti di negara ini.
Salah faham dan ketegangan di antara kaum boleh tercetus angkara kenyataan tersebut.
Pendedahan bekas pemimpin PKR di bawah sudah pasti memburukkan lagi maruah parti DAP!
Tiada 'blueprint' yang jelas dikenalpasti sebagai faktor pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang dianggap lemah, kata Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.
Menurut beliau meskipun setelah lima tahun DAP memerintah negeri itu, halatuju kerajaan yang dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng masih samar baik aspek pelaksanaan dasar dan polisi kerajaan tempatan.
Bekas ahli PKR itu berkata, DAP mempunyai ramai ahli politik yang berpengalaman, sepatutnya telah menyediakan pelan rancangan pembangunan negeri sebaik sahaja berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum 2008.
Namun yang dikesali kata Tan, sehingga hari ini banyak projek-projek masih terbengkalai di negeri itu sebaliknya terus memberi keutamaan kepada keuntungan kroni.
Post a Comment