Headlines News :
Home » » NGO bidas Salleh Man tidak serius isu tanah kubur

NGO bidas Salleh Man tidak serius isu tanah kubur




PULAU PINANG 26 Dis. - Dakwaan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Mohd. Salleh Man bahawa isu pencerobohan tanah perkuburan Islam Jalan Boundry, Ayer Itam telah selesai, dibidas Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM).

 Pengerusinya, Aminah Abdullah berkata, tindakan mengarahkan pemaju menggantikan semula batu nisan yang dicabut dan menganggap isu itu selesai menunjukkan pemimpin berkenaan tidak sensitif dengan hal ehwal agama. "Ini bukan masalah batu nisan. Kalau setakat batu nisan sesiapa pun boleh bagi, malah, saya percaya waris juga mampu untuk membelinya sendiri.

 "Masalahnya pemaju telah meratakan kubur sehingga waris sendiri tidak dapat mengagak dengan tepat pusara saudara mereka. Di mana hendak dipacakkan batu nisan baharu itu nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini. ...
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger