Headlines News :
Home » » Indeks jenayah P.Pinang turun 19 %

Indeks jenayah P.Pinang turun 19 %




PULAU PINANG 26 Okt. - Indeks jenayah di negeri ini mencatat penurunan sebanyak 19 peratus bagi 10 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

 "Kita berharap statistik itu akan terus menurun untuk masa-masa akan datang," katanya ketika ditemui dalam majlis korban peringkat Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang di Perumahan Pegawai Kanan Polis di Sungai Dua di sini hari ini.

 Dalam majlis itu sebanyak empat ekor lembu dikorbankan iaitu tiga disumbangkan oleh syarikat Rahman Brothers manakala seekor lagi daripada anggota dan pegawai polis. Terdahulu, Abdul Rahim bersama kira-kira 300 pegawai dan anggota IPK menunaikan solat sunat Aidiladha di pekarangan pejabat IPK di Georgetown.

 Jelas beliau, tahun ini merupakan tahun pertama IPK menganjurkan solat sunat Aidiladha di kawasan IPK. "Sebelum ini kita mengadakan majlis solat sunat ini di masjid-masjid dan surau di sekitar Pulau Pinang, jadi tahun ini satu kelainan diambil agar hubungan antara pasukan polis dan masyarakat di sekitar IPK dapat dieratkan," ujarnya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger