Headlines News :
Home » » Simbah cat : Ajaran politik kebencian oleh DAP jadi punca

Simbah cat : Ajaran politik kebencian oleh DAP jadi punca




PULAU PINANG  - Sikap beberapa pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering menimbulkan politik kebencian dipercayai menjadi punca berlaku beberapa perkara yang disifatkan sebagai fenomena tidak sihat sejak kebelakangan ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sikap sedemikian menyebabkan segelintir penyokong parti itu sendiri serta pihak luar mula bertindak negatif dan menonjolkan sikap tidak rasional.

 Jelasnya, UMNO memandang serius kejadian menyimbah cat yang berlaku ke atas trak milik Barisan Nasional (BN), bas milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan terbaharu pejabat beberapa pimpinan DAP.

 "Pada saya tindakan membaling cat itu satu perbuatan keji yang tidak sepatutnya berlaku dan kami mengutuk semua pihak yang bertanggungjawab ke atas kejadian berkenaan.

 "Malah, kini timbul pula insiden baharu iaitu nota ugutan serta wang kertas majlis pengkebumian masyarakat Cina yang dikirim kepada beberapa pemimpin tertentu," katanya selepas merasmikan Ekspo Beli Barangan Malaysia peringkat zon utara, di sini hari ini. Semalam, premis Wisma DAP dan tiga pusat khidmat wakil rakyat parti itu di sini disimbah cat berwarna merah.

 Kata Zainal Abidin, beliau tidak menolak kemungkinan insiden seumpama itu juga membuatkan sifat kebencian semakin membuak-buak dalam kalangan pengikut parti masing-masing. Oleh itu, jelasnya, pemimpin tertentu perlu lebih peka dan rasional dalam tindakan dan ucapan mereka serta tidak terus meniup api kebencian.

 "Apa yang kita inginkan adalah pilihan raya umum akan datang dihadapi dengan tenang dan tonjolkan jiwa besar setiap parti. "Itulah masanya untuk buktikan yang kita mampu berbakti kepada masyarakat serta cerita tentang polisi serta matlamat parti harus diutamakan," katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger