Headlines News :
Home » » Keenganan Guan Eng buktikan kenyataan Ngeh pendirian DAP

Keenganan Guan Eng buktikan kenyataan Ngeh pendirian DAP




Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melihat kenyataan yang dibangkitkan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung bantahan umat Islam terhadap filem ‘Innocence of Muslims’ sebagai kenyataan yang cukup jelas. Menurut beliau apa yang dilontarkan oleh Ngeh itu amat jelas walapun Pengerusi DAP Perak itu mengelak dan mengatakan ianya ditulis dalam bentuk soalan.

 “Kita bukanlah terlalu bodoh untuk gagal memahami apa maksud beliau……maksud tersirat beliau adalah umat Islam membazirkan masa dengan kita menyatakan bantahan dan buat perhimpunan dan sebagainya.

Saya rasa tidak perlu saya jawab kerana di kalangan rakan kongsi mereka sendiri seperti Pas dah jawab dan mengecam kenyataan beliau itu dan saya rasa ini juga bukan hanya kenyataan peribadi.

 “Sebab ada juga di kalangan beberapa pemimpin DAP yang anggap itu kenyataan serta pendirian peribadi Ngeh tetapi keenganan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk menyatakan atau untuk beri kenyataan atau untuk tegur Ngeh adalah gambaran jelas bahawa ini merupakan sentimen serta pendirian DAP itu sendiri,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

 Khairy seterusnya menambah jika Guan Eng sebagai pemimpin yang bertanggungjawab beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan bersyarat berhubung apa yang dilontarkan oleh pemimpin DAP Perak itu.

 “Saya nampak kalau sekiranya Setiausaha Agung DAP sebagai ‘boss’ parti berkenaan, kalau dia bertanggungjawab dia akan keluarkan kenyataan tanpa bersyarat bahawa apa yang disebut oleh Ngeh itu tidak boleh diterima.

 “Tetapi semalam saya nampak kenyataan Lim bersyarat……Beliau hanya perlu keluarkan kenyataan berhubung apa yang Ngeh perkatakan itu tetapi apa yang beliau perkatakan seolah-olah masih nak main politik. 

“Sebagai orang Islam saya anggap itu kenyataan yang tidak boleh diterima langsung. Kenapa nak bersyarat…… kenapa nak main politik dengan media arus perdana sedangkan ini adalah isu yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia dan perlu kenyataan yang jelas dikeluarkan oleh DAP tetapi itu pun tidak dapat dibuat oleh Guan Eng,” katanya. -MediaUMNO
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 21, 2012 at 3:35 PM

PAS kalau si biadap nih nk anut agama Islam tapi sayang sehingga kini tak nmpk pun kesungguhan khinz ni utk blajar ttg Islam...mudah2an Allah mmberi hidayah dan taufiq kpdnya...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger