Ketidak sefahaman dan kemelut di kalangan pemimpin pakatan pembangkang di Pulau Pinang semakin menjadi perang besar yang sukar lagi disembunyikan berikutan kenyataan kontroversi Timbalan Ketua Menteri, Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang menyifatkan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng sebagai angkuh.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menyifatkan perbalahan antara Mansor dengan Guan Eng bukan perkara baru kerana ia sudah berlaku sebelum bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Muhammad Fairus Khairuddin meletak jawatan dan meninggalkan pembangkang.
“Keangkuhan Guan Eng ini bukan cerita baru, dari dahulu dia tidak pernah mengiktiraf kehadiran Pas dan PKR dalam kepimpinannya, kepadanya kejayaan pembangkang menawan Pulau Pinang adalah usaha DAP bukannya pakatan pembangkang.
“Guan Eng tidak akan mengaku mengenai perkara ini, tetapi keputusan dan tindakan yang dibuat adalah bersendirian tanpa mengambil kira pandangan daripada parti lain yang turut sama dalam kerajaan Pulau Pinang,” katanya kepada UMNO-online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan media berhubungan kenyataan Mansor dalam mesyuarat PKR Pulau Pinang yang menyatakan Guan Eng sebagai angkuh.
Musa berkata, masalah pembahagian kerusi juga masih menjadi isu di kalangan pembangkang di Pulau Pinang terutama membabitkan kerusi kawasan pengundi Cina yang diwakili oleh PKR walaupun perkara itu dikatakan sudah selesai oleh Guan Eng.
“Pakatan pembangkang di Pulau Pinang berkecamuk sesama sendiri, isu kerusi menjadi isu hangat di kalangan mereka walaupun mereka nafikan perkara itu.
“DAP ingin meletakkan calon lebih daripada 2008 kerana mereka yakin dapat mempertahankan Pulau Pinang tanpa Pas dan PKR, di samping itu pelbagai masalah yang berlaku dalam PKR serta isu Hudud menyebabkan Guan Eng tidak senang dengan Pas.
“Bukan sesuatu yang mustahil jika DAP juga akan meletakkan calon yang ditaja di kawasan yang ditandingi oleh Pas, kalau tidak masakan ada beberapa pemimpin Melayu Pulau Pinang menyertai DAP, itu semua adalah strategi Guan Eng,” katanya.
Beliau tidak menafikan pembocoran maklumat kepada media itu dilakukan oleh orang dalaman parti yang mungkin menjadi ‘spy’ kepada Guan Eng untuk menjatuhkan Mansor berikutan tiada persefahaman di kalangan mereka terutama membabitkan isu kaum Melayu Pulau Pinang. -MediaUMNO
Bracelet Gold 916 – Beauty and Durability Combined
-
Gold jewelry has always held a special place in the hearts of many, and
bracelet gold 916 is no exception. Combining timeless elegance with
exceptional d...
How I Became An Expert on
-
Service Communication Services If you require to make your employees
interact, or if you are looking for ways to improve performance within your
service, t...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Kaum Hawa Digesa Teroka Perniagaan Kreatif
-
KUALA LUMPUR – Kaum wanita di negara ini digesa mengambil peluang menceburi
bidang perniagaan kreatif yang mempunyai pasaran luas, kata Penasihat
Pembangun...
Tengok Kabel Politik Siapa Lebih Kuat
-
Baik Sg Besar ataupun Kuala Kangsar, detik semakin hampir untuk menentukan
siapa yang bakal menjadi calon BN dalam PRK kali ini. Macam-macam cerita.
Macam-...
Marquez sambar petak pertama
-
SEPANG 25 Okt. - Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez akan memulakan
perlumbaan di petak pertama esok setelah mencatat masa terpantas dalam
ujian kela...
Post a Comment