Headlines News :
Home » » Pak Lah terkejut wakil PAS ada di majlis K-Pop PKR

Pak Lah terkejut wakil PAS ada di majlis K-Pop PKR




Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi terkejut majlis makan malam anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bertam, Ahad lalu yang mempersembahkan tarian gadis berpakaian seksi ala K-Pop.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, persembahan seumpama itu sama sekali tidak boleh diterima apatah lagi ia berlaku di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.


"Saya tengok gambar itu (persembahan gadis berpakaian seksi). Reaksi saya adalah bagi penduduk di Kepala Batas terutama orang Melayu, kita tidak dapat terima sebab ia tidak sesuai. Saya terkejut apabila mendapat tahu wakil Pas pun ada," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua persatuan itu, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff.Ahad lalu, PKR menyediakan persembahan istimewa untuk ahli dan tetamunya pada majlis makan malam parti itu yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Prai di sini.


Majlis yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman itu mempersembahkan tarian tiga gadis yang memakai skirt pendek.

Pertunjukan tarian seksi ala K-Pop itu mengejutkan kerana ia turut dihadiri oleh beberapa pemimpin Pas tempatan dan ahlinya.

Abdullah memberitahu, pemimpin Pas sepatutnya menasihati sekutu mereka mengenai perkara itu dan bukannya berdiam diri.

Jelasnya, meskipun tujuan majlis itu mahu mengutip dana, persembahan sedemikian tidak sewajarnya diadakan.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 10, 2012 at 12:56 PM

Apa nak terkejut wahai pak lah
Memang mereka suka tgk benda terdedah
Kalau malu boleh lipat kopiah
Tengok body je bukan nya salah!

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger