KUALA LUMPUR 18 Mei - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menafikan sebarang bentuk penglibatan parti itu dalam mana-mana demonstrasi yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam di negeri tersebut, tahun lalu.
Menurut beliau, jika benar perarakan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai tahun lalu, dijanakan oleh ahli UMNO Pulau Pinang, sudah tentu beliau sebagai Pengerusi UMNO negeri itu akan berada di barisan hadapan.
Katanya, beliau tidak perlu bersikap 'baling batu sembunyi tangan' dalam perkara tersebut kerana ia tidak tepat dan menyimpang sama sekali.
Sebaliknya, kehadiran mana-mana ahli UMNO negeri itu dalam perarakan tersebut, menurut Zainal Abidin, 52, tidak boleh dijadikan kayu ukur penglibatannya.
Post a Comment