Headlines News :
Home » » Adun BN keluar dewan bantah Guan Eng tuduh UMNO mahu roboh semua kuil

Adun BN keluar dewan bantah Guan Eng tuduh UMNO mahu roboh semua kuil




GEORGETOWN  -  Adun Barisan Nasional (BN) keluar Dewan Undangan Negeri (Dun) kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan menuduh Umno akan merobohkan semua kuil jika kembali berkuasa di Pulau Pinang.

Ketua Pembangkang Dun, Datuk Azhar Ibrahim membantah kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang munuduh semua kuil Hindu akan terancam jika Umno memerintah.

Apabila enggan menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf, Azhar mengetuai 10 Adun BN keluar dewan.

Seorang lagi wakil rakyat BN iaitu Adun Pinang Tunggal, Datuk Roslan tidak hadir Dewan ketika itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Azhar mencabar Guan Eng mengulangi kenyataan itu di luar Dun jika berani dan seorang gentlemen.

Menurutnya, kenyataan Guan Eng boleh membangkitkan ketegangan kaum dan mempunyai niat jahat untuk mewujudkan suasana  tidak harmoni di Pulau Pinang.

Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 7, 2012 at 9:29 PM

menghasutlah tu.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger