Larian bendera UMNO zon utara yang menjelajah Pulau Pinang hari ini sempena ulangtahun UMNO ke-66 mengegarkan Permatang Pauh yang merupakan kawasan parlimen Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sungguhpun Permatang Pauh cukup sinonim kononnya terkenal dengan kubu kuat Anwar Ibrahim, ianya sedikit pun tidak menggentarkan semangat peserta larian yang diketuai Ketua Pemuda Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said.
Bermula di persimpangan ke Kg Bukit Jelutong, DUN Permatang Pasir, mereka meneruskan larian merentasi kawasan yang kononnya terkenal dengan kubu PKR itu.
pass bendera dari Permatang Pauh kepada Bukit Mertajam ..
Pemuda UMNO Bkt Mertajam menerima bendera Sang Saka Bangsa
Sdr Fauzi Sharif , Ketua Pemuda Bkt Mertajam ...
Datuk Azhar turut sama menandatangan di bendera larian ..
Menariknya sepanjang 12 ‘check point’ hingga ke Bukit Mertajam, pemandu kenderaan yang melalui jalan tersebut membunyikan hon dan mengangkat tangan sebagai tanda sokongan.
Apakah itu gambaran kepada penurunan sokongan kepada Anwar dan mungkin ianya membuatkan Ketua Umum PKR itu tidak tidur lena.
Terdahulu sebelum itu, larian berkenaan dimulakan daripada Kepala Batas pada sebelah pagi tadi dan kemudiannya menyusuri Tasek Gelugor yang disambut oleh Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Shahbudin Yahya.
Datuk Shabudin bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed dan anak-anak muda yang lain bersemangat membawa bendera berkenaan untuk singgah sebentar di Dewan Besar Sungai Dua, SPU untuk berhenti rehat dan menjamu selera.
Setelah menghilangkan penat kira-kira sejam, mereka meneruskan larian ke sempadan Tasek Gelugor-Permatang Pauh yang disambut oleh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid di jambatan Sungai Dua yang terkenal dengan gerai mee udang.
Larian bendera berkenaan kemudiannya berhenti rehat bagi memberi laluan kepada para peserta untuntuk menunaikan solat Jumaat dan kemudiannya diteruskan kira-kira pukul 3 petang.
UMNO bahagian Bukit Mertajam merupakan tempat persinggahan terakhir untuk hari keempat Larian Bendera UMNO yang disambut oleh Ketua UMNO bahagian itu, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir daripada Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Selain daripada itu, UMNO bahagian lain di negeri ini turut menjayakan larian berkenaan daripada pelbagai penjuru dan turut sama memeriahkan tempat persinggahan akhir Larian Bendera UMNO di Pejabat UMNO Bukit Mertajam kira-kira pukul 5.45 petang. -MediaUMNO
Post a Comment