Headlines News :
Home » » Jual tapak masjid : Guan Eng jangan lari daripada jawab isu ini - Reezal

Jual tapak masjid : Guan Eng jangan lari daripada jawab isu ini - Reezal




Dakwaan bahawa Kerajaan negeri DAP dan juga Ketua Menteri P.Pinang menjual tapak masjid di Bayan Mutiara, telah menimbulkan rasa kurang senang dari masyarakat melayu/Islam negeri tersebut.

Tindakan Lim Guan Eng itu didakwa membelakangkan sensitiviti masyarakat Islam di negeri itu dan juga disifatkan sebagai cubaan untuk menimbulkan kemarahan dari umat Islam keseluruhannya.

Beberapa pemimpin melayu khususnya dari parti UMNO telah tampil untuk mendesak Lim Guan Eng supaya menjelaskan hal yang sebenar dan mengembalikan tapak masjid berkenaan kepada Majlis Agama Islam negeri.

Sekretariat Selamatkan Tapak Masjid di Bayan Mutiara akan ditubuhkan jika terbukti Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid seperti yang terdapat dalam pelan pembangunan asal kepada syarikat pemaju swasta.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau akan bekerjasama dengan Pemuda UMNO negeri dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mempertahankan tapak yang sepatutnya dibina masjid.

"Sekretariat ini perlu ditubuhkan kerana ini merupakan perkara serius dan berkait rapat dengan keperluan umat Islam di negeri ini yang mana telah dijamin dalam Perlembagaan.

"Jika Ketua Menteri, Lim Guan Eng seorang yang bermaruah dan berintegriti, beliau tidak harus lari daripada menjawab isu yang dibangkitkan ini," katanya kepada pemberita semalam.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 27, 2012 at 10:58 AM

Lim Guang Eng adalah Menteri yang paling hina dalam Sejarah Malaysia kerana
1. Menanam sentimen anti melayu kepada rakyat Pulau Pinang.
2. Mempertahankan kepentingan kaum Cina sahaja di P Pinang,
3. Motonya Ppinang untuk orang Cina sahaja.
4. Beliau memang seorang yang bersikap racist
5. Bangunkan projek perumahan mewah , dengan tujuan meramaikan penduduk cina di p p, kos rendah tak dibuat untuk menghalau orang Melayu dari PP.
6. Bersifat gunting dalam selimut
7. Musuh politik no 1 orang Melayu, UMNO dan PAS
8. Pengkhianat Negara dan Dajal kepada Bangsa Melayu dan orang Islam

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger