Headlines News :
Home » , » Tsu Koon tarik diri dari bertanding PRU 13

Tsu Koon tarik diri dari bertanding PRU 13



Akhirnya...setelah berdepan dengan pelbagai komentar terhadap kepimpinannya, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Khoon umum beliau tidak akan bertanding pada pilihanraya umum ke 13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan memberitahu satu sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi Khamis beliau kini hendak tumpu perhatian perkuat parti berkenaan.

Kepimpinan beliau dianggap malap setelah Gerakan ‘ melepas’ Pulau Pinang pada PRU12 lalu.Parti itu juga kalah kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang ditandinginya.

"Saya telah putuskan tidak akan turut serta sebagai calun dalam mana-mana kerusi baik kerusi Parlimen atau negeri,"katanya.

Menurut Koh beliau telahpun memberitahu keputusan ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya langkah ini juga bagi transformasi parti itu sebagai persiapan menghadapi PRU13.-17/11/2011
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger