Headlines News :
Home » , » Gerakan mahu gaji Ketua Menteri dipotong RM 5

Gerakan mahu gaji Ketua Menteri dipotong RM 5



Jika BN mempunyai caranya, kegagalan Ketua Menteri Pulau Pinang menyelesaikan masalah sekitar kawasan letak kereta di kaki Bukit Bendera akan menyaksikan gajinya dipotong sebanyak RM5.

Ketua biro pendidikan dan latihan Gerakan, Rowena Yam (kanan) berkata daripada mencari jalan penyelesaian, Lim Guan Eng terus menyalahkan kerajaan persekutuan, yang telah memperuntukkan dana RM5 juta untuk projek itu sebelum 2008.

"Bagaimanapun, kita semua tahu bahawa pelaksanaan dan kelulusan pelan bangunan telah dilakukan pada tahun 2008 (selepas Pakatan Rakyat menang di negeri itu)," kata Yam pada satu sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Lim yang juga ADUN Air Putih, di mana kawasan tempat letak kereta itu terletak juga mempengerusikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), yang mengendalikan projek itu.

Oleh itu, jika boleh, katanya BN mahu mengemukakan usul supaya RM1 ditolak dari setiap tiga sumber Lim gaji itu kerana ketidakupayaan beliau menyelesaikan masalah berkenaan.

Menurut Yam, tambahan RM1 akan dipotong daripada gaji Lim kerana 'pembohongan' dalam jawapannya berhubung kawasan letak kereta itu dan RM1 lagi jika beliau gagal mencari penyelesaian kepada masalah berkenaan dengan segera.

Yam juga mendakwa penduduk tempatan mengadu mengenai tempat letak kereta haram, khususnya ketika hari perayaan kerana kawasan itu popular dengan pelancong.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger