Headlines News :
Home » , » Demo pemuda baju kuning di Komtar bantah kerajaan Guan Eng

Demo pemuda baju kuning di Komtar bantah kerajaan Guan Eng



Bantahan rakyat Pulau Pinang terhadap pentadbiran ketua menterinya Lim Guan Eng diteruskan pada Isnin apabila lebih 200 pemuda menunggang motorsikal mengelilinggi beberapa jalan utama di tengah bandar Georgetown sebagai tanda protes.

Bantahan besar tersebut merupakan siri demonstrasi penduduk Pulau Pinang yang kecewa dengan berbagai isu sejak negeri tersebut ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP.

Bantahan bermotorsikal tersebut dipercayai anjuran NGO Pertubuhan Islam Gabungan Amal.

Perhimpunan bermula jam 12 tengah hari tadi dengan lebih 200 penunggang motarsikal melalui Jalan Penang sebelum ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri.

Bantahan tersebut bermula dengan mereka menolak motorsikal beramai-ramai berhadapan pasar raya Mydin Jalan Penang menuju ke Komtar yang menempatkan pusat pentadbiran negeri Pulau Pinang.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning yang memaparkan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".

Perhimpunan itu bertukar kecoh apabila kumpulan penunggang motosikal terbabit bertindak mengelilingi bangunan Komtar sebanyak tiga kali, sebelum berkumpul di depan pintu masuk utama dan membunyikan hon motosikal selama 30 minit.

Kumpulan itu kemudian bergerak ke Dewan Undangan Negeri sebelum bersurai selepas diarahkan polis.

Sementara itu, polis menahan lima individu kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng mengesahkan antara yang ditahan termasuk Pengerusi Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Sabaruddin Ahmad itu ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.

Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit.

Menurut ACP Gan Kong Meng kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Guan Eng berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka.

"Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan.

Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.

Kata Gan, selain Sabaruddin, empat individu lain ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 1, 2011 at 8:49 AM

Tak basah pun bajunya...mana FRU? Sure geng UMNO sebab FRU pun di arah balik tido? Malaysia ku UMNO. Rakyat Malaysia yg lain perati je cara UMNO/BN layan manusia d buminya.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger