Headlines News :
Home » , » Soalan lisan ADUN BN ditolak bukti pendirian sebenar DAP tolak hukum hudud

Soalan lisan ADUN BN ditolak bukti pendirian sebenar DAP tolak hukum hudud




Ini kerana katanya bukankah terdapat persetujuan bersama di dalam satu mesyuarat sulit pembangkang sebelum ini yang dikatakan berakhir dengan “DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang”.

Atas dasar itulah ujar beliau lagi pihaknya tidak terkejut dengan setiap soalan lisan yang dikemukakan wakil rakyat BN berhubung beberapa isu termasuk hukum hudud ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain.

“Itu juga kita boleh gambarkan ianya adalah pendirian sebenar DAP dalam Hukum Hudud….Kalau mereka setuju dengan apa yang ingin dilaksanakan oleh Pas, maka sudah pasti Ketua Menteri, Lim Guan Eng atau Exco agama yang terlibat akan menjawab dengan penuh konsisten.


“Bukannya susah……jawab ya atau tidak sahaja, namun oleh kerana itu adalah pendirian mereka maka, mereka gunakan jalan berlapik dan berbengkang bengkok dalam usaha mengelirukan penyokong Pas terutama penyokong totok yang kononnya gembira DAP sudah boleh menerima dakwah Pas.

“Seingat sayalah…bukankah dulu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gembira kononnya DAP boleh menerima apa yang dibawa oleh Pas tetapi melihatkan apa yang berlaku di sidang DUN semalam, jelas Pas menjadi bahan mainan kepada sekutu mereka itu,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Anggota pembangkang baru-baru ini membidas kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang kerana tidak berani menjelaskan pendirian mengenai beberapa isu termasuk pelaksanaan hukum hudud.

Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan Shabudin Yahaya daripada Barisan Nasional berkata setiap soalan lisan yang dikemukakan wakil rakyat BN berhubung beberapa isu termasuk hukum hudud ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain.

Sebelum ini juga, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan lebih lanjut berhubung persetujuan bersama antara parti itu dengan DAP berhubung hukum hudud di dalam satu mesyuarat sulit baru-baru ini.

Katanya keputusan mesyuarat itu yang dikatakan berakhir dengan “DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang” memerlukan penjelasan lebih lanjut daripada kepimpinan parti berkenaan.

Musa seterusnya menegaskan, DAP selama-lamanya akan konsisten dengan pendirian mereka berhubung isu berkenaan, namun gerak lentok badan dan gaya bahasa sahaja yang berlentok akan digunapakai dalam usaha mengelirukan umat Islam khususnya penyokong totok Pas.

“Percayalah…mereka selama-lamanya akan berpegang kepada pendirian mereka itu dan hanya Pas yang akan bergerak seumpama lalang demi mencapai cita-cita politik untuk merasai Putarajaya walaupun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan yang diagungkan sejak berpuluh tahun dahulu.

“Jika Pas konsisten, kenapakah mereka hari ini telah bertukar kepada Negara Berkebajikan dan tidak berani membuka mulut pada sidang DUN Semalam…Paling kurang pun berilah sedikit penjelasan untuk orang ramai tahu pendirian mereka dalam soal berkenaan,” katanya. -MediaUMNO
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 31, 2011 at 8:04 AM

DAP tolak islam tu biasalah.sebab dia orang tak paham..yg ko ni umno ngaku islam.apa cita? nak tolak juak ker? jawab jgn tak jawab.kalau ko rasa hudu pas tu tak ok, ko buatlah hudud umno ...bangang ^(.

Anonymous
October 31, 2011 at 8:05 AM

mca pun tolak hudud. knp ko tak sebut?sbb umnolah ,mca jd kurang ajar .dh jd kafir harbi...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger