Headlines News :
Home » » Guan Eng digelar kekasih pandai memikat tapi tak bertanggungjawab

Guan Eng digelar kekasih pandai memikat tapi tak bertanggungjawab



PULAU PINANG 18 Sept. - Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sering menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) jika tercetus sesuatu isu di negeri ini disifatkan seperti seorang kekasih yang hanya pandai memikat gadis tetapi tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, rakyat perlu sedar bahawa kebanyakan kenyataan atau pengumuman mengenai dasar pentadbiran yang dibuat Guan Eng hanya mahu menarik perhatian mereka sedangkan hakikatnya ia sekadar indah khabar daripada rupa.

Menurut beliau, apabila sesuatu dasar atau keputusan yang dibuatnya tidak berjaya, Guan Eng mengelak untuk bertanggungjawab dan akan menuding jari terhadap pentadbiran kerajaan BN tiga tahun lalu.

"Dia (Guan Eng) seperti seorang jejaka yang sentiasa memikat kekasihnya dengan mengatakan dialah paling hebat dan terbaik.

"Pada suatu hari, kekasihnya mengadu bahawa dirinya mengandung dua bulan tetapi dia terus menuduh kekasih lama gadis itu yang telah berpisah tiga tahun lalu sebagai bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan persidangan perwakilan Gerakan negeri di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Hock Nan turut membidas konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang diperkenalkan Guan Eng dalam pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Jelasnya, konsep tersebut pada luaran sahaja bersih tetapi di dalamnya penuh keladak.

Ketika menerangkan mengenainya kepada para hadirin, Hock Nan memegang segelas air lalu membancuh dengan serbuk campuran kopi.

"Cuba lihat air di dalam gelas ini. Ia nampak jernih dan bersih. Tapi bila saya campurkan serbuk kopi ini, ia menjadi keladak. Itulah sebenarnya CAT," ujarnya.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 19, 2011 at 12:54 PM

kalau kita perhati betul2 mmg dah nampak yg jantan dayus ni tak berani langsung utk berdepan kenyataan...
pejuang hamas

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger