Hampir 30 peratus perniagaan kontraktor Melayu kelas F di Pulau Pinang tenat.Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Fadzill Hassan berkata ramai yang sudah gulung tikar akibat kekurangan kontrak di negeri berkenaan.
Dari 1200 kontraktor F seluruh negeri hampir 30 peratus dah tenat memang tenat sampai dah tukar kerja kena buat kerja lain pula sebab dah tak boleh maintain.
Beliau ditemui dalam mesyuarat agung tahunan persatuan itu di George Town, pagi tadi.Katanya keadaan itu bermula pada tahun 2008 dan berlanjutan sehingga kini.
Walaupun pertumbuhan ekonomi beransur pulih selepas 2008, keadaan itu katanya masih kekal.
Sementara projek dari kerajaan pusat semakin berkurangan, kerajaan negeri pula katanya memberi kontrak kecil sehingga tidak sampai bernilai lima ribu ringgit.
Post a Comment