NIBONG TEBAL, 11 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman menyelar cadangan kerajaan negeri itu yang dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membubarkan DUN supaya boleh diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan pendakwaan salah laku rasuah terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng di mahkamah.
Ujarnya, cadangan tersebut akan membazirkan wang rakyat dan adalah sangat tidak wajar untuk menghabiskan jutaan ringgit hanya kerana Guan Eng tidak mahu bercuti atau melepaskan jawatan Ketua Menteri walaupun sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah.
“Pembubaran DUN lebih awal kebiasannya dilakukan oleh seorang Ketua Menteri yang sedang menghadapi krisis keyakinan terhadap dirinya. Apakah ada kemungkinan Guan Eng merasakan yang dia sudah hilang kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari Pakatan sehingga perlu membubarkan DUN?
"Rakyat perlu sedar bahawa yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan salah laku rasuah adalah Guan Eng dan bukannya Kerajaan Negeri Pulau Pinang… yang akan dibicarakan nanti adalah Guan Eng dan bukannya kerajaan negeri.
“Jadi kenapa Guan Eng dan kerajaan negeri pimpinan Dap perlu mengheret rakyat dalam kes rasuah yang sedang dihadapinya sedangkan ruang dan peluang luas telah disediakan oleh sistem kehakiman dan mahkamah negara untuk dia membuktikan yang dia tidak bersalah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Zainal turut mempersoalkan apakah cadangan tersebut adalah satu muslihat politik oleh Dap dan Pakatan Harapan untuk mengaburi mata rakyat dari melihat kemungkinan terbuktinya salah laku dan rasuah oleh Guan Eng apabila kes dibicarakan nanti.
"Adakah mereka takutkan kebenaran yang bakal muncul di mahkamah nanti yang bakal menyebabkan sokongan rakyat terhadap Guan Eng dan Dap akan terjejas secara tidak langsung.
"PRN dan referendum bukan cara untuk menentukan samada Guan Eng bersalah atau tidak daripada tuduhan melakukan rasuah.
"Seharusnya Dap memikirkan untuk melantik seorang Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang dan mengarahkan Guan Eng untuk bercuti sehingga perbicaraan kes rasuahnya selesai. Itupun sekiranya Dap betul-betul serius mempertahankan integriti dan ketelusan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” bidasnya lagi.
Tambah Zainal, sekiranya kerajaan negeri bimbang dan gusar mengenai tahap sokongan rakyat terhadap Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri berikutan kes rasuah melibatkan Guan Eng, Kerajaan Negeri boleh mengarahkan Penang Institute untuk menjalankan kaji selidik atau kajian di kalangan rakyat negeri itu atau meminta badan-badan bebas lain melaksanakan kajian tersebut.
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
1 day ago
Post a Comment