Headlines News :
Home » » 4 tahun DAP gagal mentadbir P.Pinang tapi angan-angan mahu ke Putrajaya #GE13 #PG13 #PRU13

4 tahun DAP gagal mentadbir P.Pinang tapi angan-angan mahu ke Putrajaya #GE13 #PG13 #PRU13





Mentadbir sebuah negeri tidak semudah yang disangka. Belum berpeluang menjadi pentadbir, sememangnya boleh menabur pelbagai janji untuk memikat hati rakyat dan menarik sokongan. Hendak menunaikan sesuatu janji itulah yang susahnya.

Pulau Mutiara, Pulau Pinang sebelum ini aman makmur. Rakyatnya hidup bermasyarakat bersatu padu tanpa mengira kaum dan darjat. Hasil bumi dikongsi sama rata. Kaum Cina, India dan Melayu bebas bekerja dan berniaga mencari rezeki untuk keluarga.

Pembangunan dijalankan oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional menyaksikan pelbagai kemudahan diberikan kepada rakyat tanpa mengira kaum. Golongan kurang berkemampuan disediakan rumah mampu milik untuk dimiliki oleh mereka.

Tsunami politik melanda pada PRU12 akhirnya menyaksikan Barisan Nasional kecundang di Pulau Pinang. Khidmat yang diberi oleh Barisan Nasional di sana tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Manifesto bukan janji yang ditaburkan oleh Pakatan Pembangkang berjaya menarik minat rakyat untuk memberikan undi kepada mereka.

DAP akhirnya berjaya menguasai pentadbiran Pulau Pinang selepas Barisan Nasional kecundang pada PRU12. Rakyat yang memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat bersorak sorai dan menyimpan angan akan mendapat pemerintah yang lebih baik daripada Barisan Nasional.

Namun, anganan kononnya hendak lari daripada mulut buaya akhirnya memakan diri. Daripada mulut buaya kononnya, akhirnya rakyat jatuh ke mulut naga. Ternyata pentadbiran DAP tidak sebagus yang disangka. Rakyat yang sebelum ini termakan janji akhirnya menyedari tiada gunanya memberi undi kepada Pakatan Rakyat.

Janji-janji untuk membina rumah mampu milik buat rakyat Pulau Pinang ditunaikan oleh DAP namun harganya tidak pula bersesuaian dengan kemampunan rakyat yang kurang berkemampuan.

Bagaimana hendak memiliki rumah yang berharga sehingga RM400 ribu dengan gaji yang tidak seberapa? Apatah lagi kos sara hidup yang semakin tinggi, rakyat yang sedia sempit semakin terhimpit dengan pentadbiran DAP.

Hak penduduk kampung yang satu ketika pernah dijanjikan untuk diberi geran tidak ditunaikan sebaliknya mereka dihalau daripada tanah masing-masing semata-mata kerana kerajaan DAP kononnya hendak membuat pembangunan tetapi ianya hanya lebih kepada keuntungan poket sendiri. Bantahan tidak dipedulikan kerana kuasa sudah berada di tangan mereka.

Seiringan dengan kesedaran rakyat yang semakin menolak Pakatan Rakyat, DAP yang sebelum ini begitu bongkak akhirnya menyedari dan mengakui ketidakupayaan mereka mentadbir sebuah negeri. Tiada pengalaman dijadikan alasan untuk menutup ketidakupayaan mereka.

Empat tahun DAP berpeluang menimba pengalaman mentadbir sebuah negeri namun peluang yang diberi tidak digunakan sebaiknya. Sebaliknya mereka menaruh angan yang tinggi untuk mentadbir sebuah negara pula.

Bagaimana hendak diberi kepercayaan mentadbir sebuah negara yang mempunyai banyak negeri di dalamnya jika satu negeri pun tidak mampu ditadbir dengan sebaiknya? Mentadbir sebuah kongsi gelap tidak sama seperti mentadbir sebuah negeri mahupun negara. Rakyat tidak boleh dilibas parang sesuka hati seperti dalam kongsi gelap jika menolak keinginan ketua.

Mentadbir negeri mahupun negara memerlukan tolak ansur dan kesepakatan. Rakyat harus didahulukan dan pencapaian harus diutamakan seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kerana tanpa sokongan rakyat, tiadalah kerajaan.

DAP harus belajar daripada Barisan Nasional bagaimana cara mentadbir sesebuah negeri dengan baik serta memuaskan hati rakyat sebelum memasang angan-angan tinggi untuk menduduki Putrajaya.

Rakyat Pulau Pinang harus bangkit menolak DAP dan Pakatan Rakyat. Kuasa untuk menyelamatkan rakyat Pulau Pinang daripada menjadi hamba di tanah sendiri terletak di tangan rakyat sendiri. Zahirkan penolakan di kertas undi pada PRU13 ini.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 2, 2013 at 8:36 PM

Oleh kerana Lim Guan Eng ni tak reti mentadbir maka banyaklah BERAK BERAK UMNO dahulu dari HUTANG KERAjaan terdahulu (BN=Baziran Nazional) telah dibayar balik kapada KERAjaan Pusat, bahkan reputasi membayar balik HUTANG KERAjaan terdahulu oleh Pentadbir dari DAP imi lebih baik dari apa yang berlaku di negeri negeri yang ditadbir urus oleh BN malahan jumlah hutang di negeri BN pula meningkat, ini BUKAN saya yang kata TETAPI disebut dalam lAPORAN AUDIT JABATAN AKAUNTAN NEGARA, trend ini SUNGGOH MEMALUKAN ayer muka UMNO, tapi natang UMNO ni mana ada reti malu, dia panday BERAK saja bila ada orang lain pi basoh patot ucap la terima kaseh tapi dikutoknya pulak, Ada ka patot?
UMNO ni umor dia dah 55 tahon, tua PENCEN DAH, macam BEROK TUA kalu ada pokok ada buah buleh makan dia tunggu sana bawah pokok, dia tak panjat tapi dia kerah BEROK muda(kanyag) suroh naik hinggut kalu ada luroh dia kutip la makan puak puak dia bawah pokok tu, sikit lagi bila buah dah habeh, tadak lagi habuan nah KEBAS dia pakat bekelahi sesama BEROK TUA, lepas tu dia pakat lari meninggalkan pokok itu mencari POKOK yang lain pulak untok dikerjakan. AWAS PASOKAN PR jika dikurnia ALLAH akan kerajaan, BERHATI HATILAH daripada BEROK BEROK TUA INI.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger