Headlines News :
Home » » Dap Diingatkan Jangan Kerana Politik Sempit Mereka Mahu Langgar Semua Batasan

Dap Diingatkan Jangan Kerana Politik Sempit Mereka Mahu Langgar Semua Batasan




KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said menyeru kepada semua kepimpinan UMNO agar terus bersatu dan mempertahankan kemakmuran dan keamanan negara daripada mereka yang tidak bertanggungjawab memperkotak-katikkan rakyat terutama orang Melayu.
Jelasnya, telah sampai masanya untuk semua ahli dan pemimpin UMNO memikirkan kembali perjuangan parti ini dan jangan terus berlembut hati sehinggakan pembangkang semakin berani bercakap apa sahaja tanpa mengira sensitiviti kaum lain
“Kita dapat lihat dengan jelas sekarang ini bahawa pembangkang semakin berani bercakap apa sahaja tanpa ada batasan… tanpa mengira akibat dek perbuatan mereka.
“Kita tidak lagi boleh berdiam dan mengambil sikap berlembut hati membiarkan mereka naik dan pijak kepala,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian apabila pembangkang khususnya Dap sekali lagi mencetuskan kontroversi murahan dengan membuat tohmahan menghina pemberian duit sempena Aidilfitri sebagai ‘dedak’.
“Sebagai pemimpin parti politik apa yang dikatakan oleh Nga Kor Meng itu memang tidak salah dari segi etika berparti tetapi dari sego moral dia memang biadap dan kurang ajar.
“Apa yang disuarakan itu boleh mencetuskan kemarahan antara kaum. Kita di Malaysia ini terdiri daripada berbilang kaum jadi tutur bahasa haruslah menghormati antara satu sama lain. Janganlah kerana politik kita langgar semua perkara.
“Jadi kita harus perkukuhkan saf, pertahankan maruah bangsa dari mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Walaupun kita masih dalam mood hari raya tetapi perkara sebegini tidak boleh dibiarkan. Sebab itu lah saya sangat bersetuju dan menyokong tindakan segelintir pemuda UMNO dan NGO yang ‘menyerang’ ibu pejabat Parti Dap baru-baru ini,” tegasnya.
Tambah Zaidi, rakyat harus sedar bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sudah semakin hampir maka pembangkang akan semakin agresif mengatur strategi demi melihat rakyat terutama orang Melayu berpecah-belah.
“Mereka ingin melihat kita berpecah-belah maka UMNO akan lemah dan inilah impian mereka selama ini. Jadi kita harus memastikan agenda jahat ini tidak tercapai,” katanya lagi. – MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger