Headlines News :
Home » » GUAN ENG BELI RUMAH PERBUATAN SENDIRI, KAITKAN KERAJAAN BN TIDAK BERASAS -RAFIZAL

GUAN ENG BELI RUMAH PERBUATAN SENDIRI, KAITKAN KERAJAAN BN TIDAK BERASAS -RAFIZAL




Kenyataan Media Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) kerana dapat menguatkuasakan undang-undang sedia ada  terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang.

Percayalah bahawa undang-undang negara telah dan akan dilaksanakan seadil mungkin tanpa mengira pangkat, bangsa, agama atau fahaman politik.

Sebelum ini beberapa pemimpin daripada parti memerintah dan parti pembangkang pernah ditangkap, dituduh malah ada yang dipenjarakan atas pelbagai kesalahan, maka tangkapan dan tuduhan keatas Ketua Menteri Pulau Pinang bukanlah satu perkara luar biasa.

Sesungguhnya Lim Guan Eng dihadapkan dimahkamah kerana perbuatan beliau membeli rumah dibawah paras harga pasaran.

Pembelian rumah yang dibawah harga pasaran ini tiada kena mengena dgn kerajaan pusat. Maka tuduhan dan cubaan utk mengaitkan kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional tidak berasas, meleset dan cukup terdesak.

Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang ingin menasihati penyokong Ketua Menteri Pulau Pinang untuk bersabar dan menanti keputusan mahkamah terhadap pemimpin mereka  ini. Janganlah bertindak diluar batasan dan peliharalah keharmonian dan permuafakatan sesama kaum dan terutamany di Pulau Pinang.

Adalah menjadi harapan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang agar Ketua Menteri Pulau Pinang diberi ruang seluas-luasnya untuk membela diri beliau dan kebenaran yang dituntut oleh rakyat Pulau Pinang akan muncul dan terjawab.

Rafizal Abd Rahim
30 Jun 2016
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger