Headlines News :
Home » » PAS P.PINANG BERI AMARAN GUAN ENG

PAS P.PINANG BERI AMARAN GUAN ENG




KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PULAU PINANG
22 Ramadhan 1436H | 9 Julai 2015M

"LIM GUAN ENG CERMIN DIRI DULU SEBELUM TUDUH PAS MUSUH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG"


Lim Guan Eng dilihat sengaja menyerang PAS apabila menggelar PAS sebagai musuh, hanya semata-mata kerana PAS Pulau Pinang membawa kes pemecatan terhadap wakil PAS di dalam agensi kerajaan negeri untuk pengadilan di mahkamah.

Ianya tuduhan yang amat tidak matang, prejudis, lagi provokatif dan tidak profesional.

Apakah alasan wajar LGE untuk melabelkan PAS adalah musuh kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang? 

Adakah kerana PAS tegas mengheret isu pemecatan yang dibuat oleh LGE ini ke kandang mahkamah, sudah layak untuk PAS dikategorikan sebagai musuh?

Amat malang sekali andai LGE memilih untuk bermusuhan, sedangkan umum mengetahui bahawa pemecatan yang dibuat itu adalah suatu perkara keterlaluan.

Bermakna, jika mengemukakan peradilan di mahkamah diertikan sebagai permusuhan, maka dengan sendirinya LGE telah menjustifikasikan tindakan pemecatannya itu sebagai satu kezaliman.

Walhal, pemecatan yang dibuat kepada mereka tidak lebih kerana kegopohan LGE dalam menafsirkan usul yang berlegar sewaktu Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke 61 baru-baru ini.

Sekiranya diamati usul dibuat oleh Dewan Ulamak PAS Pusat itu, seharusnya LGE tidak perlu melatah dan tergopoh gapah mengambil tindakan terhadap mana-mana kakitangan PAS yang masih bekerja di dalam pentadbiran negeri. 

Apatah lagi Majlis Syura Ulamak PAS sebagai eksekutif tertinggi parti tidak memuktamadkan sebarang pendirian berhubung usul yang dibentangkan itu.

Maka adalah tidak adil LGE bertindak terburu-buru memecat mereka yang terbabit dan menuduh PAS sebagai musuh hanya kerana PAS tampil ke mahkamah menuntut keadilan yang sewajarnya.

Sekiranya LGE betul dan benar dalam tindakan beliau, usah takut dan bimbang terhadap dakwaan yang dibuat.

Sila tampil dengan membawa bukti kukuh bagi menegakkan keadilan terhadap pemecatan tersebut.

Jangan biarkan persepsi bermain dibenak pemikiran rakyat Pulau Pinang bahawasanya LGE dibayangi ketakutan hinggakan sanggup menggelarkan PAS yang masih berada dalam Pakatan Rakyat sebagai musuh.

Perlu diingat Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan tertegak jika sekiranya DAP tidak membentuk kerjasama dengan PAS dan PKR. 

Usah bongkak dan sombong dengan kemenangan dilakar, sedang kemenangan itu diraih hasil titik peluh para petugas khususnya ahli-ahli PAS yang bertungkus lumus bekerja menentang UMNO-BN.

MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Penerangan 
PAS Negeri Pulau Pinang
Share this post :

+ comments + 1 comments

July 10, 2015 at 1:23 AM

padanlah dengan muka pemuda PAS pUlau Pinang ...bertungkus lumus untuk memenangkan kafir DAP dengan membenamkan melayu umno yg sebangsa dan seagama demi mencari sesuap nasi .. akhirnya menjadi barua yang tidak ada harga diri walau satu sen pun !!! Di dunia pun sudah rugi .. di akhirat pasti akan didakwa di hadapan Allah kerana persokongkolan dengan musuh Islam !!!

Bukankah selama ini ko telah mengangkat guan eng sebagai 'pemerintah kamu yang adil' seumpama Umar Abdul Aziz??

Alangkah sialnya PAS kerana mempunyai ahli yang buta mata hati, tanpa iman dan ilmu .. semoga Allah akan membersihkan PAS dari golongan munafik dan juhalak ini ..

Tidak umno dan tidak PAS .... kami semua Islam !!!!

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger