- Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Teluk Bahang, Mohd Isa Md Ali mengakui ada mendengar khabar angin mengenai penganjuran Pesta Sukan Bogel berkenaan sejak beberapa minggu lalu.Tegasnya, perkara tersebut hanya diketahui melalui media sosial dan diberitahu akan dibuat di Georgetown bukannya Teluk Bahang.“Pada saya mungkin perkara ini palsu memandangkan kami hairan bagaimana langsung tiada orang yang tahu ia terjadi di dalam kawasan kami, sedangkan pemandu bot atau sebagainya di sini memang rapat antara satu sama lain.“Jika terlepas dari pandangan kami mungkin mereka datang mengikut laluan lain, tapi sehingga kini kami memang tidak tahu apa-apa,” katanya.Mohd Isa yang turut aktif membawa pelancong di sekitar Pulau Pinang memberitahu sepatutnya perkara berkenaan mendapat pengetahuan pengurusan Taman Negara Pulau Pinang.“Ini kerana peserta berkenaan dikatakan memasuki kawasan Taman Negara, dan sepatutnya mereka membuat laporan terlebih dahulu.“Kalau benar ia terjadi kami berharap supaya ia disiasat dan sekiranya palsu minta dihentikan segera berita ini memandangkan bimbang sekiranya nama baik tempat kami tercalar,” katanya.Sementara itu beberapa penduduk yang ditemui mengakui begitu malu sekiranya kejadian berkenaan benar-benar terjadi di perkampungan mereka.Salah seorang daripada mereka yang juga peniaga makanan berkata, Teluk Bahang dihuni majoriti masyarakat Islam.Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Ina berkata, sebelum ini dia tidak pernah mendengar aktiviti tidak bermoral terjadi di situ.“Kalau nak kata tangkapan maksiat, tempat kami pun memang kurang, boleh kata memang tiada, tapi bila sekali kecoh dengan aktiviti macam ini memang tidak patutlah.“Pada saya memang malulah, walaupun bukan jadi di kawasan kampung, tapi Taman Negara itu pun kawasan kami, malulah kita sebagai negara Islam,” katanya.
Post a Comment