Headlines News :
Home » » KERAJAAN AMBIL SERIUS TEGURAN LAPORAN AUDIT - AHMAD MASLAN

KERAJAAN AMBIL SERIUS TEGURAN LAPORAN AUDIT - AHMAD MASLAN




Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 yang dikeluarkan semalam menunjukkan kerajaan telus dalam pentadbiran, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata laporan mengenai aktiviti kerajaan persekutuan, badan berkanun persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri tersebut sangat komprehensif.
“Jika kita tidak telus, laporan itu tidak akan dibuat sedemikian rupa,” katanya kepada media setelah merasmikan majlis Kongres BankTech Asia 2013 di sini hari ini.
Ahmad berkata kerajaan mengambil serius semua teguran kerana ia dibuat demi kebaikan semua pihak.
“Memang tidak ada kesempurnaan 100 peratus tetapi kita mahu tatacara kewangan sentiasa dipatuhi termasuk peraturan pembelian.
“Segala teguran audit itu hendaklah dilihat dari sudut yang positif kerana sebahagian teguran ada jawapan berserta nota-nota tambahan,” katanya.
Bagaimanapun, Ahmad berharap jawapan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memperbaiki kelemahan mereka dari semasa ke semasa.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger