Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menyatakan rasa kesal kerana rakyat menurutnya tidak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas subsidi yang disalurkan.
Namun, golongan tersebut akan menimbulkan bantahan apabila subsidi tersebut dikurangkan, katanya ketika menjawab soalan dari Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baru) berhubung tabiat perbelanjaan kerajaan.
Ahmad menegaskan bahawa negara tidak mengalami krisis ekonomi dan dan nisbah 51 peratus hutang Malaysia berbanding keluaran negara kasar adalah lebih baik berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat, Itali, Portugal dan Singapura.
"Malah, kira-kira 96 peratus dari hutang kita adalah hutang dalaman,” kata Ahmad
Post a Comment