Headlines News :
Home » » Di mana tapak sekolah & masjid di Bayan Mutiara ? - Pemuda UMNO PP

Di mana tapak sekolah & masjid di Bayan Mutiara ? - Pemuda UMNO PP




PERGERAKAN PEMUDA UMNO PULAU PINANG amat kecewa dengan sifat mendiamkan diri lge terhadap semua persoalan dan kekeliruan yg telah dikemukakan kepada lge tempoh hari berkenaan penyelewengan tanah Bayan Mutiara.

Yang paling mengecewakan adalah tindakan lge menjual tapak masjid dan tapak sekolah Di pembangunan asal bayan mutiara yang telah diluluskan. Pelan kebenaran merancang asal fasa 1 bayan mutiara yg diluluskan oleh MPPP pada 30/10/2006 berujukan JPB/PM/4490(LB)PIN.1.Pelan kebenaran merancang tersebut selain mempunyai berbagai jenis perumahan turut merangkumi kompleks gerai pusat penjaja,balai polis,pusat komuniti,tapak sekolah dan tapak masjid.

Tindakan lge menjual tapak masjid adalah satu tindakan bongkak dan sangat biadap dan boleh menimbulkan kemarahan umat melayu Islam di Pulau Pinang dan Malaysia keseluruhannya. LGE tidak boleh sama sekali menganggu gugat harta milik orang2 Islam.Sepatutnya tapak tersebut telah dipecah sempadan dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan seterusnya diwakafkan oleh MAIPP.

Tapak sekolah juga perlulah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dibina sekolah. Walaupun pemaju Tropicana Ivory Sdn Bhd bersetuju untuk pembinaan sekolah tetapi pemuda khuatir pelaksanaannya kelak akan diputar belit dan dibina sekolah antarabangsa sepertimana pembinaan sekolah Prince of Wales International School di Botanica City,Balik Pulau yang telah menidakkan hak anak2 miskin tempatan.

Pemuda juga ingin kepastian daripada LGE adakah pemaju telah disyaratkan untuk membina gerai penjaja di tapak Bayan Mutiara.Pemaju perlu membina gerai penjaja di tapak yang sesuai dan strategik di Bayan Mutiara bukan terpelosok di hujung tapak sepertimana kebiasaannya dilakukan oleh pemaju kerana Bayan Mutiara adalah hak rakyat pp.

Akhir sekali pemuda mendesak lge kembalikan tapak masjid kepada MAIPP,Tapak Sekolah kepada KPM dan Tapak Penjaja kepada MAIPP. Pemuda juga menginggatkan lge jangan bersiap mendiamkankan diri atau cuba memutarbelit perkara2 diatas. Pas Juga diminta menasihati lge trrhadap perbezaan diantara masjid dan surau,ini adalah kerana lge telah memaklumkan pemaju akan menyediakan surau bukan masjid.

Pemuda memberi amaran keras kepada lge jangan cuba bermain dengan harta rakyat terutamanya harta orang Melayu Islam kerana perkara ini akan membangkitkan semangat perjuangan rakyat yg akan menjadi titik tolak kejatuhan kerajaan DAP: FB Ir Shaik Hussein 
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger