Headlines News :
Home » » KENAIKAN SURCAJ AIR KERAJAAN DAP MEMBEBANKAN RAKYAT - FAIRUZ

KENAIKAN SURCAJ AIR KERAJAAN DAP MEMBEBANKAN RAKYAT - FAIRUZ



KUALA LUMPUR 27 Ogos – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin melihat kenaikan 100 peratus surcaj pemuliharaan air (WSC) oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bukan sahaja membebankan pengguna malah menunjukkan bahawa kerajaan negeri menghadapi realiti sebenar pemerintahan.

Menurut beliau jika sebelum ini kerajaan Barisan Nasional (BN) sering ditohmah dengan “barang naik” dan sebagainya, kali ini apakah kerajaan Pulau Pinang yang ditunjangi DAP akan terpalit dengan situasi yang sama.

“Sekarang ini mereka sendiri berdepan dengan realiti pemerintahan. Menguruskan sebuah kerajaan bukanlah mudah. Kadangkala sesuatu dasar yang tidak popular terpaksa dilakukan.

“Inilah realitinya…dan itulah yang mereka terpaksa hadapi dan tangani. Namun kenaikan tersebut cukup tinggi dan apa yang kita khuatirkan ianya akan membebankan pengguna kelak,“ katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurut beliau lagi pelaksanaan tersebut perlu dibatalkan kerana ianya kadar yang menekan rakyat dan pihak yang berkenaan perlu memberi perhatian sebaik mungkin dalam soal tersebut.

“Sekiranya faktor rantaian dan sebagainya tidak diambil kira, kelak rakyat khususnya yang berpendapatan sederhana dan sebagainya akan terkena tempiasnya. Lagi pun tidak harus sama sekali kenaikan sehingga 100 peratus…Ianya cukup tinggi,“ ujarnya.

Sebelum ini, PBAPP mengumumkan kenaikan surcaj WCS daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuat kuasa 1 Sept ini.

Pengurus Besarnya Jaseni Maidinsa berkata kenaikan WSC itu bertujuan menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak memandangkan orang ramai terus menggunakan air secara berlebihan.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger