Headlines News :
Home » » KETUA PEMBANGKANG BIDAS KERAJAAN DAP GANTUNG SESI SOALAN LISAN DUN P.PINANG

KETUA PEMBANGKANG BIDAS KERAJAAN DAP GANTUNG SESI SOALAN LISAN DUN P.PINANG




Ketua pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid menyelar keputusan Speaker Law Choo Kiang untuk menggantung sesi soalan lisan dalam persidangan, yang disifatkannya sebagai satu “hukuman mati ke atas demokrasi”.

Jahara (BN-Teluk Ayer Tawar) berkata perkara seperti itu tidak pernah dilaksanakan sebelum ini dan sesi berkenaan juga penting untuk memastikan kebertanggungjawab kerajaan engeri.

Katanya, wakil rakyat akan menggunakan peluang berkenaan untuk bertanya soalan dan mendapat jawapan berhubung masalah dihadapi rakyat.

Sesi itu juga bukan hanya untuk kepentingan wakil pembangkang tetapi juga untuk wakil rakyat penyokong kerajaan, demi kepetingan rakyat, katanya.

“Jelas sekali ada keangkuhan kuasa di sini. Ianya seperti menjatuhkan hukuman mati ke atas demokrasi. Demokrasi telah mati di Dewan ini,” katanya.

Kenyataannya itu dibantah Jagdeep Singh Deo (DAP-Dato Keramat) yang memekik dan meminta Jahara menarik balik kenyataan tersebut.

Namun, memandangkan perkara itu telah disebut oleh Jahara, beliau meminta Dewan menjelaskan sama ada perkara itu boleh diterima.

Perdebatan itu bermula apabila speaker Law Choo Kiang menjelaskan bahawa sesi soalan lisan itu digantung untuk menjimatkan masa.

Tindakan itu tidak akan mengganggu persidangan kerana ia masih dijalankan mengikut peraturan Dewan, katanya.

Perkara itu dibantah oleh Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang berkata alasan tersebut tidak boleh digunakan untuk membatalkan sesi soalan lisan.

"Kita ada banyak masa. Mohon kembalikan sesi itu dalam persidangan ini,” katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger