Sejak bila pula pembangkang pandai bercakap soal moral, tidak bertamadun serta mengutuk politik keji berhubung isu cabul yang didakwa membabitkan anak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dikatakan mencabul rakan sekolahnya dan pembayaran RM200,000 untuk menutup mulut mangsa.
Bukankah sebelum ini mereka boleh dianggap menjuarai politik seumpama itu seperti penyebaran gambar palsu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kononnya bersama wanita Mongolia, Altantuya Sharibu, serangan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor dengan pelbagai kutukan dan sebagainya lagi yang boleh dilihat sebelum ini.
Menurut Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin itu hanyalah sebahagian tindakan pembangkang yang sebelum ini terkenal mengherdik dan mencerca kepimpinan Barisan Nasional (BN) dengan apa jua perkara yang boleh dijadikan bahan.
“Masih ingatkah kita apa yang menimpa bekas Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada satu ketika dahulu….Dan masih ingatkah kita pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir dahulu apabila calon BN, Rohaizat Othman diserang dengan pelbagai berita yang tidak munasabah termasuk bahawa beliau mempunyai isteri lain dan pecah amanah serta pelbagai dakwaan lain.
“Namun bila terkena batang hidung sendiri serangan sedemikian rupa, mereka dilihat mula menggelabah dan menjadi tidak tentu arah serta pandai pula menyifatkan perkara sedemikian rupa menjijikkan.
“Pada waktu dan saat mereka mempunyai peluang sedemikian rupa, apakah mereka tidak terfikir apa yang diungkapkan hari ini. Saya tidak kata kontroversi yang menimpa Lim Guan Eng hari ini betul atau tidak, namun menyerlahkan pembangkang juga rupa-rupanya mempunyai perasaan,” katanya.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog yang cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta tidak bertamadun”.
Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut bahawa UMNO bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik “terdesak, berbahaya dan kotor” untuk terus berpaut pada kuasa.
Fairus seterusnya menegaskan apa yang berlaku hari ini sepatutnya dijadikan pengajaran oleh pembangkang agar mereka tidak sewenang-wenangnya menjadikan mana-mana pihak yang tidak sebulu dengan mereka sebagai bahan kutukan dan sebagainya.
“Seperti yang saya katakan tadi, betul atau tidak cerita berkenaan, itu perkara kedua, cumanya saya amat berharap sangat seluruh pemimpin pembangkang melihat perkara berkenaan secara positif.
“Yerlah…….Hari ini mungkin hari kita namun esok dan lusa belum tentu lagi akan berpihak kepada kita atau sebaliknya. Jadi janganlah kita sewenang-wenangnya membuat pelbagai tuduhan kepada pihak lain kerana satu hari nanti kerana mungkin benda yang sama akan menimpa kita,” katanya. -MediaUMNO
+ comments + 1 comments
It serves you right ...DAPigs.
Post a Comment