Headlines News :
Home » » BN yakin mampu menang semula P.Pinang

BN yakin mampu menang semula P.Pinang




GEORGETOWN: Barisan Nasional (BN) membayangkan parti itu bakal memperolehi kemenangan majoriti di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata Umno dijangka bakal merampas semula tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Pakatan Rakyat, manakala MCA dan Gerakan akan menyumbang kerusi selebihnya.
"Kita yakin dengan perancangan yang baik untuk rakyat, satu sasaran kita ialah jika Umno boleh menang semula tiga kerusi pada PRU13, bermakna Umno akan ada 14 kerusi.
"MCA dapat satu kerusi, atau Gerakan dapat dua atau tiga kerusi lagi, jadi bermakna kita ada satu majoriti kerusi yang besar untuk mengetepikan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) yang selalu dilihat salahguna kuasa, kita ada keyakinan 19 atau 20 kerusi kita akan dapat PRU13 nanti," katanya kepadaAntarapos.
Beliau berkata keyakinan untuk mengembalikan pentadbiran BN kepada rakyat Pulau Pinang dinilai melalui komitmen kerajaan pusat yang mengutamakan agenda membantu masyarakat terutama orang Melayu melalui cadangan pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik.
Malah Tong Keong turut menyentuh program kesihatan melalui Klinik Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menjadi asas kepada kesejahteraan masyarakat Pulau Pinang.
"Kita minta rakyat Pulau Pinang sokong BN tambahan mereka pun sudah bijak menilai sekarang tambahan sekarang kerajaan BN sudah banyak menyediakan program untuk rakyat di negeri ini berbanding PR (Pakatan Rakyat).
"Contohnya program kesihatan, rakyat hanya perlu bayar RM1 untuk dapatkan ubat, rakyat miskin dapat RM300 sebulan, orang kurang upaya pula dapat RM150 sebulan, semuanya di bawah BN lebih terjamin untuk rakyat," tambah beliau lagi.
Pentadbiran DAP di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, didakwa mengabaikan orang Melayu di Pulau Pinang sehingga mereka terpaksa berhijrah keluar dari negeri itu kerana tidak mampu untuk menanggung kos kehidupan yang semakin meningkat.
Menurut Tong Keong lagi rakyat kini sudah mula jelik dengan pelbagai janji kosong yang ditaburkan oleh Guan Eng, tambahan lagi rakyat miskin dilihat terus tersisih.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 24, 2012 at 11:15 PM

rasis dan cauvinisme tidak akan berjaya di Malaysia, terima hakikat ini kerana kita berbilang bangsa!

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger