Headlines News :
Home » » Rampas Jalur Gemilang oleh MPPP arahan pihak atasan

Rampas Jalur Gemilang oleh MPPP arahan pihak atasan





Tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang menurunkan ratusan Jalur Gemilang dan bendera Barisan Nasional (BN) di sepanjang jalan Bagan Jermal dan Jalan Gottlieb di sini dianggap tidak patriotik.

Pengerusi Barisan Nasional Negeri, Teng Chang Yeow berkata, oleh kerana bahang sambutan kemerdekaan ke-55 masih terasa, tindakan MPPP itu dilihat langsung tidak sensitif dan tidak menghormati Jalur Gemilang. Chang Yeow berkata, beliau percaya tindakkan penguatkuasaan itu sudah pastinya diarahkan oleh Yang Dipertua MPPP selepas menerima arahan 'pihak atasan'.

 "Kalau mereka nak turunkan bendera BN sahaja kita boleh terima, namun apa yang membuatkan kami marah apabila Jalur Gemilang yang turut dipasang juga dicabut dan dirampas.

 "Kesemua bendera ini dipasang di kawasan persendirian dan sekiranya mereka nak turunkan bendera parti politik kenapa hanya bendera BN sahaja yang diturunkan dan mengapa bendera parti lain dibiarkan begitu sahaja," katanya ketika ditemui media selepas melancarkan program semboyan dibunyikan peringkat Parlimen Bukit Bendera di sini, semalam. Chang Yeow berkata, beliau tidak faham apakah peruntukan undang-undang yang digunakan oleh MPPP sehingga terpaksa mengerahkan penguatkuasa menurunkan bendera BN dan jalur gemilang termasuk di kawasan persendirian.

 " Kita akan menuntut semula bendera-bendera yang telah dirampas MPPP itu dan kita mahukan penjelasan mengapakah kesemua bendera dan Jalur Gemilang ini dicabut dan dirampas," katanya. Difahamkan lebih 300 bendera BN dan Jalur Gemilang yang dipasang pada awal pagi 31 Ogos lalu telah diturunkan sepasukan penguat kuasa MPPP pada malam hari yang sama.

 Sabtu lalu, media melaporkan kira-kira 1,000 bendera BN dan Jalur Gemilang yang dipasang sempena program pelancaran 1Malaysia Brother's di Paya terubong turut diturunkan MPPP. Sinar Harian cuba menghubungi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Datuk Patahiyah Ismail untuk mendapatkan penjelasan namun gagal. Difahamkan, MPPP akan membuat satu sidang media berhubung garis panduan pemasangan bendera hari ini. -SINAR HARIAN -
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger