Headlines News :
Home » » Pemuda BN cabar Guan Eng jawab siapa Miss P & Dato JP ?

Pemuda BN cabar Guan Eng jawab siapa Miss P & Dato JP ?




Pemuda BN Pulau Pinang mencabar Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk mendedahkan sama ada beliau telah menjual sebidang tanah - yang didakwa pergerakan diperuntukkan untuk perumahan awam - kepada dua "kroninya".

 Ketua penerangan Pemuda BN negeri, H'ng Khoon Leng mendakwa bahawa "Miss P dan Dato' JP" adalah kroni Lim, dan hubungan mereka bermula sejak sebelum pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008. H'ng (kanan) mendakwa kedua-duanya menyokong Lim dengan bantuan logistik dalam bentuk sebuah kereta untuk kegunaan ketua menteri.

 "Adakah dua individu ini menyediakan Lim dengan bantuan kewangan sebelum 8 Mac tahun itu? Beliau perlu menjawab soalan ini," kata H'ng dalam satu sidang akhbar hari ini.

 "Kerana kita berani bertanyakan soalan tersebut, maka Lim pula mestilah berani menjawabnya," katanya. H'ng merujuk kepada plot tanah di Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin yang kini diperuntukkan untuk sebuah pusat perubatan. H'ng mendakwa tanah tersebut telah diperuntukkan untuk perumahan awam tetapi kerajaan negeri mendakwa tidak ada pelan yang dikemukakan bagi tujuan tersebut oleh pentadbiran sebelumnya.

 Apabila diberitahu bahawa penjualan tanah itu telah dibuat melalui tender terbuka, H'ng menjawab bahawa pihak berkuasa telah memanggil tender dua kali tetapi berikutan pengumuman pertama, perkataan 'jemput' telah digunakan. "Ini menimbulkan syak terhadap proses tender tersebut. Itulah sebabnya mengapa kami menggesa Lim mendedahkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan urusniaga tanah tersebut," kata H'ng.

 Lim dijemput lawat tanah terbabit Pemuda BN Pulau Pinang, yang diketuai oleh Oh Tong Keong (kiri) telah menawarkan untuk membeli tanah tersebut pada harga RM450 sekaki persegi, dan Lim telah bersetuju dengan tawaran itu, dan berkata beliau akan menghantar surat rasmi kepada Oh tidak lama lagi.

 Dalam sidang akhbar yang sama, Oh (kiri) memperbetulkan Lim mengenai saiz tanah tersebu, yang didakwanya 4.9 ekar, dan bukannya 1.1 seperti yang disebut oleh ketua menteri itu.

 Beliau mempelawa Lim untuk melawat kawasan itu pada hari Jumaat, jam 10 pagi, dan berkata Pemuda BN akan menunjukkan kepada ketua menteri rekod kerajaan sebelumnya mengenai cadangan perumahan di Taman Manggis. -MALAYSIAKINI-
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger