Headlines News :
Home » » Umi Hafilda nak jelajah Permatang Pauh dedah siapa sebenar Anwar

Umi Hafilda nak jelajah Permatang Pauh dedah siapa sebenar Anwar





PERMATANG PAUH 1 Julai - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhasrat menjelajah ke seluruh kawasan di Parlimen Permatang Pauh bagi menceritakan kepada rakyat tentang perilaku sebenar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, beliau berazam menerangkan kepada penduduk di situ yang selama ini mungkin tidak tahu 'rahsia' wakil rakyat mereka itu.

"Kalau kita nak menang pilihan raya umum di Permatang Pauh, izinkan saya masuk ke setiap penjuru kawasan ini.
"Kita akan terangkan kebenaran. Kita akan pastikan kalau Anwar menjadi calon, kita kalahkan sampai hangus wang pertaruhannya di sini," katanya ketika berceramah di Taman Janggus di sini malam tadi.


Ia merupakan ceramah pertama beliau di kubu kuat Anwar itu.Bagaimanapun, jelas Ummi Hafilda, beliau kesal kerana ada pihak yang cuba menghalangnya daripada berbuat demikian.



Tegasnya, beliau tidak faham kenapa niatnya untuk menegakkan kebenaran demi agama dan negara cuba disabotaj oleh pihak berkenaan.

"Saya bercakap berpaksikan kebenaran. Saya berjuang demi agama, bangsa dan negara," tegasnya.
Sementara itu, berlaku sedikit kekecohan ketika majlis ceramah tersebut apabila seorang lelaki cuba 'mengganggu' ceramah Ummi Hafilda.

Sambil membawa pembesar suara, lelaki tersebut berteriak ke arah pentas mengarahkan Ummi Hafilda memberhentikan ceramahnya.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berkenaan berjaya dihalang oleh pihak keselamatan majlis dan anggota polis bagi mengelak berlaku kejadian buruk.

Ummi Hafilda yang menyedari keadaan itu juga lantas memberikan reaksi spontan dalam ceramahnya.
"Pergi kau dari sini! Ceramah kamu (pembangkang) saya tidak pernah kacau. Jangan kacau majlis saya, jangan kacau ceramah saya!
"Saya tidak akan tunduk, saya tidak akan gentar kepada mana-mana tentangan!," tegasnya disambut dengan tepukan gemuruh daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 3, 2012 at 3:39 AM

meme patut jelajah kebenaran di permatang pauh dilakukan...

ramai lagi penjilat tegar yg tak tahu kebenaran...

kalau ada tersalah statement ummi suh saman...

anwar sampai sekarang tak berani saman ummi tapi suh anjing CHIHUAHUA menyalak...

pejuang hamas...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger