Headlines News :
Home » » Perkasa beri 48 jam untuk Guan Eng tunjuk bukti ditepuk ahlinya ..

Perkasa beri 48 jam untuk Guan Eng tunjuk bukti ditepuk ahlinya ..




TELUK BAHANG, BALIK PULAU - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi tempoh 48 jam kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk membuktikan lengan beliau ditepuk seorang ahlinya pada Sabtu lalu. Ketua Wira Perkasa Negeri, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata, dakwaan yang dikeluarkan Guan Eng hanyalah satu lagi fitnah yang bertujuan untuk memburukkan nama Perkasa. Menurutnya, mereka berada di sana sepanjang program ramah-mesra beliau bersama peniaga dan penduduk di dalam Kompleks Pasar Awam Teluk Bahang.

 “Bagaimanapun, kami tidak mengganggu kelancaran program dan hanya menunggu di hadapan pasar dan melaungkan kata-kata bantahan sebagai tanda protes. “Tidak ada seorang ahli pun yang menyentuh, apatah lagi menepuk beliau seperti yang didakwa,” katanya pada sidang media yang berlangsung, semalam. Kelmarin, Sinar Harian menyiarkan laporan Guan Eng mendakwa lengannya ditepuk individu dipercayai ahli Perkasa sehingga menyebabkan berlakunya kekecohan.

 Mohd Rizuad berkata, Guan Eng perlu mengemukakan bukti video ataupun gambar yang menunjukkan ada ‘sentuhan’ yang berlaku pada hari itu. “Saya akan memfailkan saman malu terhadap beliau selepas tempoh tersebut sekiranya tidak ada bukti kukuh insiden terbabit berlaku

. “Cukuplah selama ini beliau banyak menabur fitnah dan melabel ahli kami ganas,” katanya. Beliau berkata, pihaknya memang tidak suka akan kedatangan Guan Eng ke Teluk Bahang. “Apa yang mengelirukan saya ialah mengapa beliau (Guan Eng) masuk balik ke dalam pasar berkenaan buat kali kedua, walaupun menyedari kami dan penduduk setempat semakin ramai berkumpul di hadapan pasar.

 “Saya pun tak tahu apa tujuan dan niat beliau (Guan Eng) berbuat demikian. “Adakah benar dia ingin bertemu dengan peniaga dan penduduk lain ataupun sengaja ingin memprovok serta memburukkan imej kami,” katanya. - SH
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger