BUKIT MERTAJAM 14 April - Semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di peringkat cawangan, bahagian dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini perlu dikemaskini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah itu bagi membolehkan perpaduan di peringkat kepimpinan setiap parti komponen BN bersedia untuk menghadapi pilihan raya tersebut.
Katanya, semua jentera parti komponen hendaklah memastikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan bilik gerakan pilihan raya termasuk tugas jawatankuasa penerangan di bilik gerakan di peringkat DUN dan negeri berada dalam keadaan menghadapi situasi pilihan raya dari semasa ke semasa.
"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa dan yang penting kita berada dalam suasana untuk menghadapi pilihan raya.
Post a Comment