Headlines News :
Home » » Edar risalah,bukti kerajaan DAP semakin terdesak

Edar risalah,bukti kerajaan DAP semakin terdesak




– Mengedarkan risalah yang kononnya untuk menjawab segala pertuduhan dan dakwaan terhadap pentadbiran kerajaan Pulau Pinang adalah usaha terdesak yang terpaksa dilakukan untuk menutup kelemahan serta kegagalan kerajaan negeri sejak pilihan raya 2008.

Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) Aminah Abdullah berkata, apa yang dilakukan itu antara strategi politik DAP yang menggunakan nama kerajaan negeri menjelang pilihan raya.

“Walaupun Ketua Menteri (Lim Guan Eng) mengatakan risalah itu tidak membabitkan politik, kita nak tanya kepada dia, siapa yang tadbir Pulau Pinang kalau bukan DAP yang menjadi ketuanya, apakah DAP itu bukan parti politik, tak perlulah berdolak dalik.

“Apa yang dibuat itu hanyalah untuk menutup kelemahan mereka sebagai kerajaan negeri, mereka dalam keadaan terdesak apabila melihat sokongan terhadap pembangkang semakin lemah,” katanya.

Beliau yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang seterusnya berkata jika kerajaan negeri merasa tidak bersalah, mereka sepatutnya tidak melatah sehingga terpaksa mengedarkan risalah untuk menjelaskan kepada rakyat, rakyat pasti dapat menilai semua dakwaan itu sama ada benar atau tidak.

“Mengapa perlu berbelanja besar jika sekadar untuk menjawab tuduhan atau dakwaan terhadap kerajaan negeri, rakyat dapat menilai semuanya itu, jika benar kita tidak bersalah, tidak perlu bersusah payah sehingga terpaksa membuat risalah,” katanya.

Aminah berkata, semakin dekat dengan pilihan raya, pembangkang semakin resah sehingga terpaksa membuat pelbagai kaedah untuk menutup kelemahan mereka yang semakin terbongkar. -MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger