BUKIT BENDERA, 15 Nov – Timbalan Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Mohd Salim Abdul Bari berkata setelah bahagian tersebut tewas kesemua kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, ianya seakan memberi cabaran dan tamparan hebat kepada semua ahli UMNO di bahagiannya.
Katanya, kekalahan tersebut menyedarkan mereka bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk menbus kembali kepercayaan rakyat setempat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Pada PRU lalu, Parlimen Bukit bendera tewas ke lima-lima kerusi termasuk empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Tanjung Bunga, Air Putih, Kebun Bunga dan Pulau Tikus.
“Memang tidak dinafikan, kekalahan tersebut memberikan tamparan hebat kepada kami. Ianya menggambarkan seolah-olah kami tidak berjaya menawan hati rakyat dan gagal dalam semua usaha memartabatkan parti. Jadi, kami telah mengambil pendekatan baru dan berusaha menyusun strategi lebih mantap untuk memenangi hati masyarakat setempat.
“Kami mula turun padang dan mendekati rakyat secara langsung di peringkat akar umbi. Hati rakyat kami selami bagi mengetahui apakah permasalahan mereka sehinggakan mereka berpaling tadah. Ternyata gerak kerja yang diatur memberi kesan positif.
“Sehingga kini, kajian sikap menunjukkan bahawa rakyat kembali memberikan kepercayaan kepada UMNO dan BN. Kami masih berusaha dan akan terus berusaha mendekati rakyat. Ianya bukanlah sekadar kerana PRU sudah semakin hampir tetapi kerana parti sentiasa membela nasib rakyat,” ujarnya.
Menurut Salim, setelah tiga tahun berada di bawah pemerintahan pakatan pembangkang, rakyat di Pulau Pinang mula menyedari bahawa kepercayaan yang mereka berikan kepada pembangkang adalah sia-sia.
Segala janji yang ditaburkan pembangkang semasa PRU 12, hanyalah retorik dan setelah tiga tahun berlalu, ianya hanya tinggal janji kosong.
“Hidup rakyat makin terhimpit malah kos sara hidup pula semakin tinggi. Sebab itulah, rakyat mula sedar bahawa hanya BN yang menepati janji dan tidak pernah berjanji kosong.
“Peningkatan daftar pengundi juga membuktikan bahawa rakyat Pulau Pinang mahukan perubahan dan mereka inginkan BN kembali memerintah Pulau Pinang,” terang Salim dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.
Oleh itu, beliau amat berharap, rakyat di Pulau Pinang akan menunjukkan sokongan mereka kepada BN dengan mengundi BN di PRU akan datang.
“PRU sudah semakin hampir. Namun masih ada masa untuk rakyat Pulau Pinang terus menilai pemerintahan manakah yang sentiasa mendahulukan rakyat. Fikirlah dengan bijak,” ujarnya lagi. -MediaUMNO
Post a Comment