Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Afdal berkata anggota UMNO di negeri-negeri ditadbir pembangkang perlu menumpukan perhatian untuk memenangi kerusi ditandingi .
Sambil mengingatkan anggota Umno di negeri berkenaan supaya tidak terlalu fokus menonjolkan diri sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum akan datang, beliau berkata tiada erti menjadi calon BN tetapi parti kalah di kawasan mereka.
“Selepas kita kalah, kita tidak akan ada wakil di kawasan itu kerana kita pentingkan diri. Ini masanya untuk kita bekerja, membantu, menjayakan agenda terbesar kita iaitu kesejahteraan negara,” kata Mohd Shafie (gambar), yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Siri 2 2011 di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai keghairahan segelintir anggota Umno di negeri yang dikuasai pembangkang menonjolkan diri untuk menjadi calon pilihan raya.
Dipetik Bernama Online, Shafie berkata secara umumnya, beliau berpuas hati dengan prestasi anggota Umno.
“Saya tahu mereka (anggota Umno) bekerja keras seperti yang ditonjolkan di Kelantan, Pulau Pinang. Macam-macam kaedah dan inovatif yang mereka buat. Ada gelombang merah dan di Selangor, jentera sedang bekerja kuat untuk memastikan negeri itu kembali ke tangan kita,” katanya lagi.
Post a Comment